Monday, May 12, 2025

Pengalaman Menjadi Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali semula aku dalam dunia penulisan setelah meninggalkan blog ini bersawang untuk beberapa bulan. Banyak cerita hendak diceritakan tapi masa untuk menaip dan menyiapkan tu tak ada. Semua tergantung je dalam draft. Menulis entri personal ambil banyak masa untuk disiapkan and i dont have the luxury of time at the moment. Jadi maafkan saya sebab dah lama tidak menulis cerita-cerita peribadi dalam blog nie.

Saturday, April 26, 2025

PTTI Umum Insentif RM500 Untuk Pelajar Straight A dan Meraikan 13,469 Pelajar Cemerlang SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 24 April 2025, seiring dengan pengumuman keluar keputusan SPM, PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan satu majlis penghargaan bertempat di Bangi Golf Resort bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI yang menunjukkan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2024. Dalam majlis ini, PTTI mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh Straight A dalam peperiksaan SPM 2024.

Monday, April 21, 2025

Kafe 28 Studio KL: Gabungan Seni, Kopi & Komuniti Dalam Satu Ruang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian kafe 28 Studio KL. Bertapak di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu yang menggabungkan bukan sahaja suasana estetik, malah mereka menyediakan ruang komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri. Secara beroperasi hari ini dari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi, kafe ini dibanjiri kunjungan orang ramai daripada pelbagai latar antaranya penggemar kopi artisan, penggiat media sosial, rakan media, dan turut dimeriahkan lagi kehadiran selebriti tempatan.


Wednesday, April 9, 2025

MPOB dan SUMISAUJANA Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global

Assalamualaikum dan salam sejahtera

SumiSaujana Group Berhad (“SumiSaujana” atau “Syarikat”) dan anak syarikatnya (“Kumpulan”), merupakan pengeluar bahan kimia khusus untuk industri minyak dan gas (“O&G”), hari ini memeterai kerjasama strategik dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (“MPOB”) melalui pemeteraian Perjanjian Pelesenan dan Pengkomersialan. Perjanjian ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi yang dibangunkan oleh MPOB (“Teknologi”) bagi pengilangan dan pengkomersialan bahan perantara berasaskan sawit, poliol berasaskan sawit dan poliol poliester berasaskan bio (“Produk”). Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Hotel Marriott Putrajaya ini menandakan satu langkah penting dalam usaha Malaysia untuk memperluas aplikasi industri produk berasaskan sawit dan mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam pasaran kimia hijau global.


Monday, March 24, 2025

Kenyataan Media Rasmi YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato’ Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Telah berlangsung satu sesi media yang dianjurkan oleh YM Dato’ Seri Paduka Diraja Dato' Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato' Seri Baba dan MRF Consultant Sdn. Bhd. bagi menyampaikan beberapa perkara penting untuk perhatian awam serta tindakan lanjut pihak-pihak yang berkaitan. Sidang media ini tidak membuka ruang sesi soal jawab soalan untuk bertanya dari wartawan.